Fakhrul Hartanah

Blog

Tukar Nama Geran Rumah: Prosedur, Kos & Tempoh Proses di Malaysia (Panduan Lengkap)

Ramai pemilik rumah di Malaysia masih keliru tentang cara tukar nama geran rumah , kos yang terlibat dan berapa lama proses ini mengambil masa.

Sama ada anda:

  • membeli rumah subsale
  • menerima rumah sebagai pusaka
  • tukar nama geran kepada anak atau pasangan

Anda tetap perlu melalui proses pindah milik geran (Memorandum of Transfer – MOT) di Pejabat Tanah.

Dalam artikel ini saya kongsikan prosedur tukar nama german rumah di Malaysia, kos yang perlu disediakan serta tips penting sebelum memulakan proses tersebut.


Apa Maksud Tukar Nama Geran Rumah?

Tukar nama geran rumah ialah proses pemindahan hak milik hartanah daripada pemilik lama kepada pemilik baru yang direkodkan secara rasmi di Pejabat Tanah.

Proses ini biasanya berlaku dalam beberapa situasi:

  • jual beli rumah subsale
  • pindah milik kepada ahli keluarga
  • pembahagian harta pusaka
  • tukar nama selepas pinjaman selesai

Apabila proses ini selesai, nama pemilik baru akan didaftarkan dalam geran hak milik hartanah tersebut.


Prosedur Tukar Nama Geran Rumah di Malaysia

Secara umum, proses tukar nama geran rumah melibatkan beberapa langkah berikut:

1. Tandatangan Perjanjian Jual Beli (SPA)

Langkah pertama ialah menandatangani Sales and Purchase Agreement (SPA) antara penjual dan pembeli.

Dokumen ini akan diuruskan oleh peguam yang dilantik oleh pembeli atau kedua-dua pihak.


2. Sediakan Borang Pindah Milik (Borang 14A)

Peguam akan menyediakan Borang 14A untuk proses pindah milik hak milik hartanah.

Borang ini digunakan untuk mendaftarkan pemilik baru pada geran rumah.


3. Penilaian Hartanah oleh LHDN

LHDN akan menilai harga pasaran hartanah tersebut untuk menentukan jumlah duti setem yang perlu dibayar.


4. Bayar Duti Setem

Duti setem untuk pindah milik hartanah dikira berdasarkan harga rumah:

Nilai HartanahKadar Duti Setem
RM100,000 pertama1%
RM100,001 – RM500,0002%
RM500,001 – RM1 juta3%
Lebih RM1 juta4%

Sebagai contoh, jika harga rumah RM500,000. Maka duti setem yang dikenakan ialah RM100,000 x 1% + RM400,000 x 2% = RM9,000.


5. Pendaftaran di Pejabat Tanah

Selepas semua dokumen lengkap dan duti setem dibayar, peguam akan mendaftarkan pindah milik di Pejabat Tanah.

Apabila selesai, nama pemilik baru akan direkodkan secara rasmi dalam geran.


Berapa Kos Tukar Nama Geran Rumah?

Kos tukar nama geran rumah bergantung kepada beberapa perkara seperti harga rumah dan yuran guaman.

Antara kos utama yang terlibat ialah:

1. Duti Setem

Berdasarkan nilai hartanah seperti yang diterangkan di atas.

2. Yuran Guaman

Biasanya sekitar 1% daripada harga hartanah bagi nilai pertama hartanah.

3. Kos Pentadbiran & Dokumen

Contoh kos tambahan:

  • Duti setem dokumen: sekitar RM10
  • Affidavit: sekitar RM50
  • Bayaran pendaftaran: sekitar RM100

Jumlah sebenar bergantung kepada peguam dan negeri.


Berapa Lama Proses Tukar Nama Geran Rumah?

Secara purata, proses tukar nama geran rumah mengambil masa:

3 hingga 6 bulan

Tempoh ini turut bergantung kepada :

  • kelulusan Pejabat Tanah
  • sekatan kepentingan pada geran
  • kelulusan pindah milik daripada pihak berkuasa negeri

Jika tiada sekatan, proses biasanya selesai sekitar 3 bulan selepas SPA ditandatangani.

Dokumen Diperlukan Untuk Tukar Nama Geran

Antara dokumen yang biasa diperlukan ialah:

  • Geran asal hartanah
  • Salinan IC pembeli dan penjual
  • Borang 14A
  • Borang CKHT (LHDN)
  • Perjanjian Jual Beli (SPA)

Jika melibatkan pindah milik keluarga atau pusaka, dokumen tambahan mungkin diperlukan.


Tips Penting Sebelum Tukar Nama Geran Rumah

Sebelum memulakan proses pindah milik, pastikan anda:

✔ Semak sekatan kepentingan pada geran
✔ Pastikan cukai tanah telah dibayar
✔ Pastikan tiada tunggakan pinjaman bank
✔ Lantik peguam hartanah yang berpengalaman

Langkah ini boleh mempercepatkan proses dan mengelakkan masalah di kemudian hari.


Perlukan Bantuan Urusan Jual Beli Rumah?

Jika anda bercadang untuk jual, beli atau tukar nama geran rumah di Johor Bahru , saya boleh bantu uruskan proses tersebut dari awal hingga selesai.

Sebagai perunding hartanah berdaftar, saya membantu pemilik rumah:

  • menjual hartanah dengan lebih cepat
  • mencari pembeli yang serius
  • mengurus dokumentasi untuk proses guaman

👉 Hubungi saysa untuk konsultasi hartanah secara percuma.


Soalan Lazim (FAQ)

Berapa kos tukar nama geran rumah?

Kos bergantung kepada nilai hartanah, tetapi biasanya melibatkan duti setem, yuran guaman dan bayaran pendaftaran.

Boleh tukar nama geran tanpa peguam?

Secara teori boleh, tetapi kebanyakan transaksi hartanah memerlukan peguam bagi memastikan dokumen sah di sisi undang-undang.

Boleh tukar nama geran kepada anak?

Boleh. Ia dipanggil pindah milik secara kasih sayang dan biasanya melibatkan kadar duti setem yang berbeza.


Kongsikan artikel ini

Reset password

Enter your email address and we will send you a link to change your password.

Scroll to Top